Mohamad Yasid, Amer Fawwaz (2022) Penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand serta kesan terhadap keselamatan nasional Negara Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
![[thumbnail of PENYELUDUPAN DADAH DARI (25p).pdf]](http://ir.upnm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
PENYELUDUPAN DADAH DARI (25p).pdf - Preview
Download (869kB)
![[thumbnail of PENYELUDUPAN DADAH DARI (Full).pdf]](http://ir.upnm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
PENYELUDUPAN DADAH DARI (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (2MB)
Abstract
Aktiviti penyeludupan dadah merupakan ancaman yang besar terhadap keselamatan negara. Masalah ini wujud hampir di setiap negara di dunia. Ini kerana terdapat permintaan terhadap bekalan dadah secara berterusan. Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand dilihat sebagai faktor utama berlakunya kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di rantau ini termasuklah negara Malaysia. Malaysia telah dijadikan hab transit pengangkutan dadah untuk dieksport secara haram ke luar negara. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengkaji kegiatan penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand serta kesan terhadap keselamatan nasional negara Malaysia. Objektif kajian ini adalah menerangkan kaedah dan laluan penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand, mengkaji kesan penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand ke atas keselamatan nasional negara Malaysia dan menganalisis langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand. Kajian ini menggunakan konsep keselamatan nasional dalam menerangkan fenomena yang dikaji. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan data dari sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer diperolehi daripada kaedah temubual serta kajian lapangan. Manakala sumber sekunder didapati daripada buku ilmiah, artikel jurnal, tesis akademik dan dokumen rasmi kerajaan. Dapatan kajian mendapati bahawa, pertama; terdapat empat kaedah yang telah digunakan oleh sindiket penyeludupan dadah bagi membawa masuk dadah ke Malaysia iaitu menggunakan individu perseorangan, motorsikal, kereta diubahsuai dan muatan kargo. Kedua; kegiatan penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand telah mewujudkan kesan ke atas keselamatan sosial, keselamatan ekonomi dan keselamatan politik negara Malaysia. Ketiga; langkah-langkah pencegahan telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengatasi masalah penyeludupan dadah seperti Akta Dadah Merbahaya 1952, kerjasama pasukan keselamatan Malaysia-Thailand serta pelaksanaan kempen Anti Dadah. Namun, masih terdapat langkah-langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti peningkatan tahap keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dengan memperlengkapkan Kompleks Imigresen di sempadan dengan mesin pengimbas terkini. Kajian ini merumuskan bahawa kegiatan penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand merupakan ancaman kepada keselamatan nasional negara Malaysia.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | J Political Science > JZ International relations |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 04 Mar 2025 02:34 |
Last Modified: | 04 Mar 2025 02:34 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/577 |