Badlihisham, Nur Shafiqah (2024) Pengurusan bimbingan akidah bagi kanak-kanak mualaf: kajian kes di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kebangsaan. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
![[thumbnail of PENGURUSAN BIMBINGAN AKIDAH (25p).pdf]](http://ir.upnm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
PENGURUSAN BIMBINGAN AKIDAH (25p).pdf - Preview
Download (421kB)
![[thumbnail of PENGURUSAN BIMBINGAN AKIDAH (Full).pdf]](http://ir.upnm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
PENGURUSAN BIMBINGAN AKIDAH (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (2MB)
Abstract
Pelbagai ancaman yang memberi kesan terhadap kesejahteraan akidah mualaf di Malaysia. Sebagai contoh di Selangor mencatatkan kes-kes permohonan keluar Islam oleh golongan mualaf yang kembali menganut agama asal mereka kerana pelbagai faktor. Faktor utama mualaf keluar Islam disebabkan kurangnya penghayatan Islam dalam diri mereka. Hal ini menyebabkan mereka gagal menghayati Islam dan cenderung untuk keluar Islam akibat daripada pelbagai permasalahan yang dihadapi sebagai mualaf. Hal ini juga termasuk golongan kanak-kanak mualaf yang memeluk agama Islam bersama ibu bapa dan penjaga mereka. Golongan kanak-kanak mualaf ini seharusnya disemai dengan bimbingan akidah Islamiah yang sistematik namun ibu bapa mereka tidak dapat diharapkan sepenuhnya untuk mendidik mereka kerana turut baru bergelar mualaf. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang konsep pengurusan bimbingan menurut Islam. Kajian juga bertujuan untuk mengkaji tentang konsep bimbingan akidah yang bersesuaian dengan kanak-kanak mualaf menurut pandangan Islam. Matlamat akhir kajian ini adalah untuk menganalisis pandangan informan mengenai pengurusan bimbingan akidah bagi kanak-kanak mualaf di PERKIM Kebangsaan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kualitatif dan kajian kes. Metode analisis kandungan secara deskriptif digunakan bagi menganalisis segala dokumen dalam data kajian. Perisian NVivo 12 dan analisis secara tematik pula telah digunakan bagi menganalisis data temu bual dan pemerhatian bagi mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat ruang penambahbaikan dalam aspek modul, pedagogi, medium pengajaran dan pembahagian kelas mengikut umur kanak-kanak yang perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh bagi pengurusan bimbingan akidah bagi kanak-kanak mualaf di PERKIM.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 04 Mar 2025 02:31 |
Last Modified: | 04 Mar 2025 02:33 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/576 |