Pengaruh kepimpinan transformasi sebagai pengantara di antara hubungan kecerdasan emosi dengan keseimbangan dan kehidupan dalam kalangan Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Mohamad Puzi, Nur Fatinah Husna (2023) Pengaruh kepimpinan transformasi sebagai pengantara di antara hubungan kecerdasan emosi dengan keseimbangan dan kehidupan dalam kalangan Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of PENGARUH KEPIMPINAN TRANSFORMASI (25p).pdf] Text
PENGARUH KEPIMPINAN TRANSFORMASI (25p).pdf - Preview

Download (489kB)
[thumbnail of PENGARUH KEPIMPINAN TRANSFORMASI (Full).pdf] Text
PENGARUH KEPIMPINAN TRANSFORMASI (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk meneroka kesan kepimpinan transformasional (KT) terhadap kecerdasan emosi (KE) dengan keseimbangan kerja dan kehidupan (KKK) dalam kalangan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak. Objektif kajian ini adalah (a) mengkaji tahap dimensi KE (Mengenal Pasti Emosi Sendiri (MPES), Mengenal Pasti Emosi Orang Lain (MPEOL), Gunakan Emosi (GE) dan Mengawal Emosi (ME), KT serta KKK anggota; (b) mengenal pasti hubungan antara dimensi KE (MPES, MPEOL, GE, ME) dengan KT anggota; (c) mengenal pasti hubungan antara dimensi KE (MPES, MPEOL, GE, ME) dengan WLB anggota; (d) melihat hubungan KT dengan WLB; (e) mengenal pasti peranan KT sebagai pengantara bagi hubungan dimensi KE (MPES, MPEOL, GE, ME) dengan KKK dalam kalangan anggota TLDM. Kajian ini juga menekankan kepentingan terhadap organisasi yang masih gagal mencuba untuk menjalinkan hubungan antara kerja dan kehidupan untuk diseimbangkan demi kesejahteraan para pekerja daripada segi emosi dan fizikal mereka. Secara teori, kajian ini juga melihat kepada teori Spillover, yang menerangkan apa yang diperlukan untuk keseimbangan antara kehidupan peribadi dan profesional. Dapatan dan saran dari kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada organisasi bagi menangani konflik antara pekerja, dan lebih memahami keperluan mereka. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Responden kajian ini terdiri daripada 308 orang anggota TLDM yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS dan SmartPLS Versi 3. SPSS digunakan untuk pengekodan data, saringan dan menyemak data yang hilang. Seterusnya, penganggaran menggunakan SEM. Kesahan dan kebolehpercayaan Cronbach, varians purata konstruk diekstrak (AVE) dan kebolehpercayaan dengan kesahan penumpuan dan diskriminasi yang ditubuhkan. Kajian ini mendapati bahawa MPES, MPEOL, ME mempunyai hubungan yang signifikan dengan KT dengan nilai p sebanyak, 0.029, 0.041 dan 0.000 masing-masing. Hubungan di antara GE and KT tidak disokong kerana menunjukkan nilai p sebanyak 0.727. Pekali laluan PLS menunjukkan bahawa ketiga-tiga dimensi EI (MPES, MPEOL dan GE) mempunyai kesan yang positif dan signifikan dengan kehadiran KT sebagai pengantara. Walau bagaimanapun, peranan KT sebagai pengantara tidak memberi kesan kepada hubungan dimensi KE (GE) dengan KKK. Jadi, keputusan hipotesis secara langsung dan tidak langsung bagi dimensi KE (MPES, MPEOL dan GE) didapati signifikan dan disokong. Tetapi, hipotesis langsung dan tidak langsung bagi dimensi GE didapati tidak signifikan dan tidak disokong. Sebagai implikasi, kajian ini memberi sumbangan berkaitan dimensi kecerdasan emosi iaitu Kepimpinan transformasional dengan keseimbangan kerja dan kehidupan khususnya dalam kalangan angkatan TLDM

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 04 Mar 2025 02:29
Last Modified: 04 Mar 2025 02:29
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/575

Actions (login required)

View Item
View Item