Rundingan POINT OF AGREEMENT (POA) 1990 dalam hubungan Malaysia-Singapura

Tahir, Azhar (2016) Rundingan POINT OF AGREEMENT (POA) 1990 dalam hubungan Malaysia-Singapura. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of RUNDINGAN POINT OF AGREEMENT (25p).pdf] Text
RUNDINGAN POINT OF AGREEMENT (25p).pdf - Preview

Download (441kB)
[thumbnail of RUNDINGAN POINT OF AGREEMENT (Full).pdf] Text
RUNDINGAN POINT OF AGREEMENT (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Malaysia dan Singapura sebagai negara berjiran terletak di tengah-tengah Asia Tenggara. Kedua-dua negara adalah bekas tanah jajahan Britain yang mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan sejarah, politik, sosio-budaya dan ekonomi hingga mewujudkan hubungan istimewa yang adakalanya harmoni dan kadangkala tegang selain dibelenggu syak wasangka ekoran perpisahan kedua-dua negara pada 9 Ogos 1965. Faktor “turun-naik” hubungan Malaysia-Singapura adalah kerana isuisu utama dan semasa meliputi isu air, penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Republik Singapura, hak kedaulatan Pedra Branca, Middle Rock dan South Ledge, pelaksanaan Point of Agreement (POA) yang ditandatangani pada 27 Nov 1990 membabitkan pembangunan bersama tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura serta pemindahan Pusat Custom, Immigration and Quarantine (CIQ) dari stesen KTM Tanjung Pagar ke Woodland dan lain-lain isu. Namun, kajian ini memberi tumpuan khusus kepada isu POA 1990 yang hanya dapat diselesaikan dalam tempoh 20 tahun (1990-2010) melalui rundingan. Isu POA dijadikan sebagai bahan kajian kes untuk melihat cabaran kedua-dua negara menguruskan isu dua hala ini secara rundingan hingga mencapai satu titik persamaan dan seterusnya tercapai keputusan untuk menyelesaikan isu ini secara tuntas. Kajian ini menggunakan pendekatan rundingan bagi memahami cara isu POA ini diselesaikan. Dalam kajian ke atas POA, proses rundingan sama ada berjaya atau sebaliknya bersandarkan tiga angkubah iaitu faktor idiosinkratik pemimpin, faktor domestik dan faktor luaran. Dua teori dan strategi rundingan iaitu “Strategi Rundingan Kolaboratif” dan “Strategi Rundingan Kompetitif” digunakan sebagai kerangka pendekatan untuk menjelas dan menganalisis bagaimana isu POA ini mencapai penyelesaian. Proses rundingan berlaku dalam tiga tingkat kepimpinan di Malaysia melibatkan Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Abdul Razak. Manakala Singapura pula melibatkan Lee Kuan Yew, Goh Chok Tong dan Lee Hsien Loong. Justeru, cabaran proses rundingan antara Malaysia dengan Singapura ini dikawal oleh tiga faktor yang dibincangkan. Kajian ini menyimpulkan bahawa penyelesaian isu POA ini banyak dicorakkan oleh tiga faktor tersebut dengan faktor idiosinkratik melibatkan dua pemimpin iaitu Mahathir (Malaysia) dan Lee Kuan Yew (Singapura) sebagai cabaran utama kerana keduaduanya mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Sikap kedua-dua pemimpin yang bertentangan ini dapat difahami dengan menggunakan “Strategi Rundingan Kompetitif” yang menjelaskan mengapa POA tertangguh sekian lama. Isu POA terlerai di bawah pentadbiran Abdullah dan Najib yang kaedah penyelesaiannya mencerminkan pendekatan “Strategi Rundingan Kolaboratif”. Walau bagaimanapun, perlaksanaan POA ini mengubah beberapa kepentingan Malaysia di Singapura merangkumi tanah milik KTM serta kemudahan CIQ di stesen KTM Tanjung Pagar. Proses penyelesaian POA 1990 ini juga memberi kesan kepada hubungan dua hala Malaysia-Singapura ke arah detente dan bersifat lebih positif walaupun perasaan syak wasangka dan cubaan untuk saling menyaingi antara satu sama lain berterusan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 23 Aug 2024 01:12
Last Modified: 23 Aug 2024 01:12
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/468

Actions (login required)

View Item
View Item