Pembentukan indeks prestasi kecergasan fizikal Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Rustam, Shahrulfadly (2019) Pembentukan indeks prestasi kecergasan fizikal Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of PEMBENTUKAN INDEKS PRESTASI (25p).pdf] Text
PEMBENTUKAN INDEKS PRESTASI (25p).pdf - Preview

Download (239kB)
[thumbnail of PEMBENTUKAN INDEKS PRESTASI (Full).pdf] Text
PEMBENTUKAN INDEKS PRESTASI (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membentuk indeks prestasi kecergasan fizikal dan mengukur tahap kecergasan fizikal di kalangan pegawai-pegawai kadet Pasukan (PALAPES). Kajian ini dilaksanakan terhadap 212 orang responden yang terdiri daripada pegawai-pegawai kadet lelaki PALAPES Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Populasi dan sampel kajian dipilih secara bertujuan yang mana kesemua sampel kajian adalah populasi pegawai-pegawai kadet lelaki PALAPES UPNM tahun 2016/2017. Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian yang terdiri daripada enam bateri ujian kecergasan fizikal dan soal selidik. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen dengan reka bentuk satu kumpulan ujian pra dan ujian pasca. Analisis statistik deskriptif min, sisihan piawai, persentil, kekerapan dan peratusan digunakan di dalam kajian ini. Manakala statistik inferensi yang digunakan adalah korelasi Pearson’s, ANOVA sehala dan MANOVA. Hasil keputusan menunjukkan min dan sisihan piawai untuk indeks prestasi kecergasan fizikal responden berumur 19 hingga 21 tahun adalah (m=11.54, SD=1.21) untuk ujian larian 2.4 km, (m=56.30, SD=11.64) untuk ujian tekan tubi 1 minit, (m=47.70, SD=9.96) untuk ujian bangun tubi 1 minit, (m=222.21, SD=20.71) untuk ujian lompat jauh berdiri, (m=38.83, SD=7.62) untuk ujian duduk dan jangkau dan (m=4.59, SD=0.39) untuk ujian 30 meter pecut. Min dan sisihan piawai indeks prestasi kecergasan fizikal responden kategori ‘Junior’ adalah (m=12.93, SD=1.38) bagi ujian larian 2.4 km, (m=34.85, SD=11.34) bagi ujian bangun tubi 1 minit, (m=40.13, SD=13.54) bagi ujian tekan tubi 1 minit, (m=203.02, SD=22.25) bagi ujian lompat jauh berdiri, (m=34.21, SD=6.80) bagi ujian duduk dan jangkau dan (m=4.86, SD=0.61) bagi ujian 30 meter pecut. Min dan sisihan piawai indeks prestasi kecergasan fizikal responden kategori ‘Intermediate’ adalah (m=12.67, SD=0.98) bagi ujian larian 2.4 km, (m=41.83, SD=9.47) bagi ujian bangun tubi 1 minit, (m=47.25, SD=9.79) bagi ujian tekan tubi 1 minit, (m=207.67, SD=26.93) bagi ujian lompat jauh berdiri, (m=32.29, SD=9.21) bagi ujian duduk dan jangkau dan (m=4.87, SD=0.39) bagi ujian 30 meter pecut. Min dan sisihan piawai indeks prestasi kecergasan fizikal responden kategori ‘Senior’ adalah (m=11.37, SD=0.68) bagi ujian larian 2.4 km, (m=44.88, SD=6.63) bagi ujian bangun tubi 1 minit, (m=55.19, SD=8.95) bagi ujian tekan tubi 1 minit, (m=199.79, SD=16.84) bagi ujian lompat jauh berdiri, (m=27.02, SD=8.33) bagi ujian duduk dan jangkau dan (m=4.77, SD=0.25) bagi ujian 30 meter pecut. Melalui ujian korelasi Pearson’s terdapat hubungan yang signifikan tahap persetujuan penerimaan modul ujian kecergasan fizikal dengan ujian pasca kecergasan fizikal responden. Tahap kecergasan fizikal responden secara keseluruhan berada dalam kategori baik dan terdapat perbezaan yang signifikan antara peringkat ‘junior’, ‘intermediate’ dan ‘senior’. Hasil keputusan MANOVA menunjukkan pencapaian ujian kecergasan fizikal untuk enam bateri ujian adalah signifikan (p<0.05). Implikasi daripada kajian ini, indeks prestasi kecergasan fizikal yang dibina ini dapat memberi garis panduan kepada pasukan pertahanan dan keselamatan di dalam mengukur tahap kecergasan fizikal para pegawai dan anggota pertahanan dan keselamatan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 23 Aug 2024 01:11
Last Modified: 23 Aug 2024 01:11
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/449

Actions (login required)

View Item
View Item