Hubungan keselamatan sosiopolitik Malaysia-Indonesia pasca era reformasi : satu analisa

Yahya, Nurul Izyanni (2016) Hubungan keselamatan sosiopolitik Malaysia-Indonesia pasca era reformasi : satu analisa. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of HUBUNGAN KESELAMATAN SOSIOPOLITIK (25p).pdf] Text
HUBUNGAN KESELAMATAN SOSIOPOLITIK (25p).pdf - Preview

Download (668kB)
[thumbnail of HUBUNGAN KESELAMATAN SOSIOPOLITIK (Full).pdf] Text
HUBUNGAN KESELAMATAN SOSIOPOLITIK (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Negara Malaysia dan Indonesia pernah dijajah sebelum mengecapi kemerdekaan. Kedua-dua negara ini secara hakikatnya pernah diikat pemikiran dan tingkah laku yang hanya menurut corak pentadbiran pemimpin negara penjajah. Tempoh kemerdekaan adalah saat dimana kedua-dua negara melalui waktu yang amat mencabar. Hal ini terbukti apabila wujudnya konflik dan konfrontasi antara dua negara ini pasca era reformasi. Era reformasi merujuk kepada era selepas kejatuhan Presiden Suharto pada tahun 1998. Pada ketika ini, hubungan dua hala Malaysia – Indonesia dilihat begitu tegang. Hal ini kerana wujudnya perbezaan ideologi politik dan persefahaman yang tidak sehaluan antara pemimpin serta rakyat yang membawa kepada permasalahan isu sosiopolitik. Pendekatan ‘ala demokrasi’ telah membawa keburukan apabila ia telah menggangu hubungan keselamatan sosiopolitik Malaysia-Indonesia. Hal ini kerana pendekatan ini lebih menuntut hak serumpun dan kebebasan daripada mementingkan nilai sebagai negara jiran. Maka, wujudnya pelbagai isu yang dijadikan topik utama dalam membicarakan mengenai hubungan keselamatan sosiopolitik pasca era reformasi. Antara isu yang dibangkitkan dalam hubungan keselamatan Malaysia-Indonesia ialah isu pendatang asing, isu kepulauan Ambalat, pemerdagangan manusia, isu batik, lagu rasa sayang, pembakaran hutan, tarian Pendet Bali, beras Adan Krayan, dan tarian reogponorogo. Isu-isu ini dilihat begitu serius dan penting bagi kedua-dua Negara kerana setiap isu dilihat memberi kepentingan dan nilai tersendiri. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif yang berasaskan sumber primer seperti temuramah, bahan akademik, buku, jurnal, artikel, dan menonton video. Kajian ini dianalisis dengan melihat sejauh manakah kesan isuisu ini terhadap hubungan keselamatan sosiopolitik Malaysia-Indonesia. Selain itu, teori dimensi keselamatan oleh Barry Buzan digunakan sebagai sumber utama bagi kajian ini. Keseluruhannya, hubungan keselamatan sosiopolitik Malaysia-Indonesia pasca era reformasi masih baik sehingga ke hari ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 07 May 2024 07:23
Last Modified: 07 May 2024 07:23
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/430

Actions (login required)

View Item
View Item