Ketahanan komuniti semasa menghadapi bencana dalam perspektif Islam

Ridzuan, Ahmad Azan and Mohd Zainol, Noor Azmi and Kadir, Mohd Juraimy and Yaacob, Safar and Oktari, Rina Suryani (2016) Ketahanan komuniti semasa menghadapi bencana dalam perspektif Islam. In: International Conference on Islamic Education & Research (ICIER 2016), 5-7 December 2016, Eagle Bay Hotel, Langkaw. (Submitted)

[thumbnail of Artikel] Text (Artikel)
KetahananKomunitiSemasa.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.

Download (5MB)

Abstract

Bencana ditafsirkan sebagai musibah yang akan memberi kesan kepada sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat dan berlaku tanpa sebarang amaran. Kelompok utama yang terdedah kepada bahaya bencana ini adalah komuniti di kawasan terbabit. Kertas konseptual ini akan membentangkan elemen-elemen ketahanan komuniti iaitu hubungan, kerjasama, pendidikan dan kepimpinan yang berperanan mempengaruhi kepada perspektif dan tingkah laku komuniti di kawasan kajian. Model ketahanan komuniti diperkukuhkan dengan teori-teori seperti teori ketahanan, teori kawalan sosial dan teori perubahan komuniti dengan konsep hablumminannas hablumminallah yang memberi gambaran bahawa komuniti berperanan penting dalam persediaan menghadapi sebarang bencana yang berlaku di kawasan terkesan. Selain daripada teori-teori yang dinyatakan, kertas kerja ini juga turut melihat pandangan dan pendekatan berkonsep Islam terhadap urusan tindakan dan koordinasi mengatasi dan mengendali bencana dalam sesebuah komuniti. Hasil dari kajian lepas menunjukkan bahawa elemen-elemen ketahanan komuniti iaitu hubungan, kerjasama, pendidikan dan kepimpinan mempunyai hubungan dengan perspektif komuniti. Selanjutnya, kajian ini akan membincangkan dan menganalisa secara terperinci elemen-elemen ketahanan komuniti serta teori-teori yang berkonsep Islam untuk urustadbir dalam situasi yang berkaitan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Bencana, ketahanan komuniti, elemen-elemen ketahanan komuniti dan perspektif komuniti, Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Faculty of Defence Studies &Management
Depositing User: Mr Shahrim Daud
Date Deposited: 06 Feb 2024 08:15
Last Modified: 06 Feb 2024 08:15
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/353

Actions (login required)

View Item
View Item