Md Isa, Izham (2017) Aplikasi latihan imajeri dan self-talk semasa menghadapi penalti shoot-out di kalangan penjaga gol hoki kebangsaan. Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
APLIKASI LATIHAN IMAJERI (Full).pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only
Download (5MB)
Abstract
Sukan hoki merupakan sukan yang popular di kalangan lelaki dan wanita dan 122 negara di seluruh dunia mengambil bahagian dalam sukan ini. Malaysia merupakan di antara negara yang menggemari sukan ini dan ianya jelas dibuktikan dengan kedudukan ke-12 pasukan hoki kebangsaan lelaki di Kejohanan Dunia. Namun begitu, akhir-akhir ini pasukan hoki Malaysia kalah di kejohanan peringkat antarabangsa apabila mereka gagal mendapatkan skor di peringkat penalti shoot out. Salah satu faktor yang boleh meningkatkan prestasi pasukan negara ialah mengaplikasikan latihan imajeri dan self-talk di kalangan penjaga gol hoki kebangsaan bagi mereka lebih bersedia menghadapi penalti shoot-out. Objektif
kajian ini adalah untuk menentukan tahap dan hubungan di antara teknik latihan imajeri, self-talk, persiapan mental dan fizikal serta prestasi penjaga gol hoki lelaki ketika menghadapi penalti shoot-out. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan samada pengalaman, kekerapan latihan dan menonton video penalti shoot-out menjadi pembolehubah kepada perhubungan antara teknik latihan imajeri dan selftalk dengan persiapan mental dan fizikal penjaga gol hoki lelaki. Data dikumpul dari dua kejohanan yang melibatkan 52 pasukan lelaki iaitu melibatkan seramai 99 responden. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan temuduga. Analisis dilakukan menggunakan SPSS versi 21.0 dan Smart PLS versi 3.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap dan hubungan teknik latihan imajeri dan self-talk adalah positif. Manakala pengalaman, kekerapan latihan dan kekerapan menonton penalti shoot-out menunjukkan hasil statistik nilai keteguhan yang lemah. Penggunaan teknik latihan imajeri dan persiapan mental telah menyumbang +3.6% terhadap perubahan dalam prestasi penjaga gol hoki. Secara umumnya, pengaplikasian latihan imajeri dan self-talk boleh dilakukan kepada semua jenis sukan di negara ini untuk membantu meningkatkan prestasi pemain dan pasukan.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure |
Divisions: | Academy Of Defence Fitness |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 18 Feb 2022 07:33 |
Last Modified: | 18 Feb 2022 07:33 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/33 |