Baharuddin, Elmi and Mat Yunoh, Mohd Nazir (2022) Tahap pengetahuan dan amalan agama pelajar universiti: kajian kes Kolej Poly-Tech MARA Bangi. In: Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET 2022), 19 Oktober 2022, via virtual conference. (Submitted)
TahapPengetahuanDanAmalan.pdf - Full text
Restricted to Registered users only until 31 January 2099.
Download (216kB)
Abstract
Islam melihat pengetahuan agama dan amalan agama adalah seiring sejalan dalam pelaksanaan sesuatu amalan. Allah mengangkat darjat orang berilmu ke beberapa darjat disebabkan banyak kelebihan orang berilmu dengan yang tidak berilmu. Justeru pengetahuan agama adalah prasyarat penerimaan amalan dalam Islam yang terbaik. Bagi pelajar universiti, tahap pengetahuan agama menjadi pengukur terhadap amalan agama seseorang. Persoalannya, bagaimana tahap pengetahuan agama dan amalan agama bagi pelajar universiti. Justeru, untuk menjawab persoalan ini, kajian kes terhadap pelajar baharu di Kolej Poly-Tech MARA Bangi telah dilakukan. Seramai 400 orang daripada 1300 responden yang terdiri dari pelajar semester satu yang dipilih secara rawak. Soal selidik yang dibina merangkumi bahagian latarbelakang responden, bahagian pengetahuan agama, bahagian amalan agama dan bahagian sikap pelajar yang dianalisa secara deskriptif dengan menggunakan 5 skala Likert. Hasil nilai alpha Cronbach iaitu ilmu pengetahuan 0.821 dengan 24 soalan, amalan agama 0.841 dengan 15 soalan dan sikap 0.760 dengan 10 soalan. Hasil kajian mendapati pelajar KPTM Bangi mempunyai tahap pengetahuan agama yang sangat baik (88.75%), amalan agama yang sangat baik (56%) dan sikap yang baik (72.5%). Justeru, tahap pengatahuan agama yang baik menjadikan sesorang melakukan amalan agama yang baik.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengetahuan agama, amalan agama, pengajian Islam, KPTM Bangi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management |
Depositing User: | Mr Shahrim Daud |
Date Deposited: | 06 Feb 2024 08:12 |
Last Modified: | 06 Feb 2024 08:12 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/316 |