Amat, Udin (2022) Faktor yang menghalang dan mendorong pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam melakukan aktiviti fizikal. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
FAKTOR YANG MENGHALANG (25p).pdf - Preview
Download (860kB)
FAKTOR YANG MENGHALANG (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (3MB)
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan bertujuan mengenal pasti faktor menghalang dan mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal di UPNM, meninjau hubungan di antara faktor-faktor menghalang dan faktor-faktor mendorong aktiviti fizikal dengan pembangunan sukan (komitmen) di kalangan pelajar UPNM dan membentuk model pembangunan sukan (komitmen) di UPNM. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah kaji selidik dilaksanakan terhadap N = 336 orang responden kalangan pelajar UPNM yang dipilih secara rawak. Soalan kajian diambil dan diubahsuai daripada soalan kajian penyelidik terdahulu yang dinamakan Leisure Constrain Questionnaire yang berdasarkan kepada teori asas Hirarki Penghalang Masa Lapang Crowford dan Godbey dan Model Komitmen Scanlen bertajuk Sport Commitment Questionnaire (SCQ) oleh Scanlan digunakan sebagai soalan asas kepada pembangunan sukan (komitmen). Dapatan kajian mendapati faktor menghalang struktur, ‘Kekurangan kemudahan/peralatan sukan di UPNM’ menunjukkan nilai Min tertinggi dalam faktor menghalang (Min = 3.44, SP = 1.28). Manakala faktor kesihatan, ‘Sukan dapat meningkatkan kecergasan fizikal’ menunjukkan nilai skor tinggi (min = 4.65, SP = 0.58) telah menunjukkan factor utama mendorong pelajar aktif dalam aktiviti fizikal di UPNM. Hasil Ujian korelasi pearson menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembangunan sukan (komitmen) dengan nilai signifikan pada aras p < .01. .Namun, ujian regresi linear menunjukkan bahawa terdapat empat daripada lapan faktor telah dipilih dalam model regresi yang melibatkan pembolehubah motivasi, interpersonal, infrastruktur dan intrapersonal (faktor menghalang) yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembangunan sukan apabila p < 0.05 dengan nilai R2 0.661 dan, empat pembolehubah (intrapersonal (menghalang), stuktur (menghalang), akademik dan kesihatan ) telah menunjukkan nilai min tertinggi dalam ujian kolerasi pearson tetapi ditolak dari model regresi apabila nilai p > 0.05. Hasil dapatan melalui ujian regresi berperingkat (stepwise) yang diterima dalam model diambil bagi membentuk Model Pembangunan Sukan (Komitmen) di UPNM. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa empat item iaitu motivasi, interpersonal, infrastruktur dan intrapersonal (faktor menghalang) menjadi pemangkin kepada Pembangunan Sukan (Komitmen) di UPNM.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 15 Jun 2023 01:20 |
Last Modified: | 15 Jun 2023 01:20 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/249 |