Mohamad, Amirrul Haffis (2021) Faktor keberkesanan program latihan kursus imam terhadap prestasi kerja dalam kalangan lain-lain pangkat Kor Agama Angkatan Tentera di Institut Latihan dan Kefahaman Islam. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
FAKTOR KEBERKESANAN PROGRAM (25p).pdf - Preview
Download (927kB)
FAKTOR KEBERKESANAN PROGRAM (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (3MB)
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis faktor keberkesanan Program Latihan Kursus Imam (PLKI) di Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) untuk para Imam dalam kalangan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Kajian ini juga turut menganalisis faktor kepuasan kerja, kaedah latihan dan motivasi dalam PLKI yang mempengaruhi tahap prestasi para Imam dalam melaksanakan tugas setelah menamatkan program latihan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi menghuraikan pengaruh faktor-faktor keberkesanan PLKI. Sampel kajian adalah terdiri daripada 280 orang Imam dalam kalangan LLP KAGAT daripada jumlah populasi seramai 846 orang Imam yang berkhidmat dalam tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan perisian program IBM SPSS versi 24.0 dan SmartPLS 3.2.5 bagi data kuantitatif yang telah diperoleh secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian secara deskriptif menunjukkan nilai min adalah sederhana tinggi bagi keseluruhan faktor dalam PLKI. Melalui ujian bootstrapping menunjukkan terdapat korelasi dan sumbangan yang signifikan terhadap prestasi dalam kalangan para Imam di masjid dan surau pada tahap yang sederhana melalui nilai R2. Faktor kepuasan kerja paling memberi kesan terhadap prestasi kerja iaitu 39 peratus berbanding faktor kaedah latihan dan motivasi. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya pihak KAGAT dan ILMI agar memberi perhatian yang besar terhadap semua faktor tersebut untuk membantu para Imam meningkatkan prestasi kerja mereka. Kesimpulannya, kepuasan kerja, kaedah latihan dan motivasi telah menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja secara keseluruhannya dan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa program latihan masa kini.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 15 Jun 2023 01:09 |
Last Modified: | 15 Jun 2023 01:09 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/239 |