Abdul Aziz, Shahrul Azuwar (2022) Pengaruh gaya kepemimpinan dan motivasi terhadap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
FAKTOR KEBERKESANAN PROGRAM (25p).pdf - Preview
Download (927kB)
FAKTOR KEBERKESANAN PROGRAM (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (3MB)
Abstract
Kajian tentang gaya kepemimpinan dalam kalangan pelajar telah dilakukan secara meluas dan memberi impak yang besar kepada pihak berkepentingan. Namun demikian, kepemimpinan dalam aspek keusahawanan dalam kalangan pelajar di universiti di Malaysia masih perlu diterokai. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis gaya kepemimpinan dan motivasi dengan kecenderungan keusahawanan mengikut perspektif mahasiswa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian tinjauan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedar secara dalam talian. Seramai 350 mahasiswa yang menuntut di peringkat pengajian sarjana muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah melengkapkan soal selidik tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya kepemimpinan dan motivasi terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan motivasi dan gaya kepemimpinan secara signifikan mampu meramal kecenderungan keusahawanan. Daripada kajian ini, didapati bahawa terdapat keperluan untuk kajian yang lebih meluas tentang gaya kepemimpinan, motivasi dan kecenderungan keusahawanan pelajar. Dapatan daripada kajian ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi gaya kepemimpinan dan motivasi pelajar dan seterusnya, kecenderungan keusahawanan mereka. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa ketigatiga pembolehubah ini boleh dikawal selia untuk mewujudkan program keusahawanan yang berkesan di universiti awam di mana pelajar dapat memahami gaya kepemimpinan mereka dan seterusnya mencipta laluan kerjaya keusahawanan mereka sendiri.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 13 Jun 2023 08:31 |
Last Modified: | 13 Jun 2023 08:31 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/238 |