Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya bidang pendidikan sebagai kerjaya kedua dalam kalangan bakal Veteran ATM

Noor Mokhzani, Mohd Said (2018) Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya bidang pendidikan sebagai kerjaya kedua dalam kalangan bakal Veteran ATM. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of FAKTOR YANG MEMPENGARUHI (25p).pdf] Text
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI (25p).pdf - Preview

Download (1MB)
[thumbnail of FAKTOR YANG MEMPENGARUHI (Full).pdf] Text
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Bakal Veteran ATM merupakan anggota tentera yang akan meninggalkan perkhidmatan ketenteraan secara bersara pilihan atau wajib pada umur yang masih produktif bekerja. Peralihan dari dunia ketenteraan ke awam menyebabkan mereka akan memasuki alam kerjaya kedua yang terbatas dan terhad dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi bakal Veteran ATM dalam memilih kerjaya bidang pendidikan sebagai kerjaya kedua mereka selepas meninggalkan perkhidmatan ketenteraan. Tiga (3) faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya bidang pendidikan ialah minat, kelebihan kerjaya dan personaliti diukur sebagai pemboleh ubah tidak bersandar manakala pemilihan kerjaya bidang pendidikan sebagai kerjaya kedua merupakan pemboleh ubah bersandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan sebanyak 297 borang soal selidik telah diedarkan dalam kalangan bakal Veteran ATM yang sedang menjalani latihan kursus persaraan sesi 2015/16 di PERHEBAT, Sungai Buloh. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 22 secara deskriptif mendapati seramai 239 orang responden (80.4%) menunjukkan kecenderungan memilih kerjaya bidang pendidikan sebagai kerjaya kedua mereka. Analisis inferensi melalui ujian Kolerasi Pearson mendapati faktor personaliti (r = .764, p<.05) mempunyai hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan diikuti dengan faktor minat (r =.653, p<.05) dan kelebihan kerjaya (r =.602, p<.05) dengan masing-masing menunjukkan hubungan positif yang kuat dan signifikan. Selanjutnya, analisis Regresi Pelbagai membuktikan faktor personaliti merupakan pemboleh ubah tidak bersandar yang paling dominan dan kuat [beta = .539, (t = 11.289, p<.05)] berbanding dengan lain-lain pemboleh ubah tidak bersandar dengan 64.5% variasi pengaruh. Sehubungan itu, kajian ini bolehlah dijadikan rujukan awal pihak KPM untuk mempertimbangkan caloncalon pendidik di kalangan Veteran ATM manakala di pihak PERHEBAT merintis laluan kerjaya kedua baharu di bidang pendidikan dengan menawarkan program atau kursus pendidikan pula di masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
U Military Science > U Military Science (General)
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 30 Mar 2023 07:37
Last Modified: 30 Mar 2023 07:37
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/202

Actions (login required)

View Item
View Item