Hubungan antara komunikasi, latihan, dan motivasi dalam kalangan pekerja di Malaysia Airport Sdn Bhd, Pulau Pinang

Siti Yuhanis, Jasmi (2021) Hubungan antara komunikasi, latihan, dan motivasi dalam kalangan pekerja di Malaysia Airport Sdn Bhd, Pulau Pinang. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI (25p).pdf] Text
HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI (25p).pdf - Preview

Download (525kB)
[thumbnail of HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI (Full).pdf] Text
HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengukur Komunikasi, Latihan, Motivasi dan Prestasi Kerja di Malaysia Airport Sdn Bhd (MASB), Pulau Pinang. Permasalahan prestasi dalam kalangan pekerja di unit Avsec Security (AVSEC) khususnya menjadi kebimbangan dalam meningkatkan prestasi kerja. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap faktor Hubungan Komunikasi, Latihan, Motivasi dan Prestasi Kerja. Selain itu, objektif kedua kajian ini adalah untuk menentukan hubungan korelasi antara Komunikasi, Latihan, Motivasi dan Prestasi Kerja. Kemudian, untuk mengkaji faktor yang paling signifikan dalam Hubungan antara Komunikasi, Latihan dan Motivasi ke atas Prestasi Kerja. Kaedah kajian Kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data dengan memberikan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 148 responden dari unit AVSEC MASB Pulau Pinang. Statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson, ujian Regresi Pelbagai digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan Pakej perisian SPSS versi 23. Kesemua pembolehubah (X1), (X2), (X3) dan (Y) mempunyai hubungan positif. Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif terhadap Komunikasi (r=0.513, p=0.000), Latihan (r=0.513, p=0.000), Motivasi (r=0.408, p= 0.000). Hasil daripada regresi berganda, Latihan (X2) paling mempengaruhi iaitu (t = 3.188, p = 0.002) Komunikasi (X1) (t = 2.760, p = 0.007). Dapatan pengujian hipotesis model kesan langsung menunjukkan bahawa ketiga-tiga elemen bagi Komunikasi, Latihan dan Motivasi merupakan peramal penting kepada Prestasi Kerja. Dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai panduan bagi membantu pihak pengurusan dalam meningkatkan Prestasi Kerja di mana penekanan terhadap cadangan-cadangan berikut perlulah diutamakan, iaitu: (1) skop sampel kajian perlu diluaskan, (2) menggunakan item pemboleh ubah yang berbeza dan (3) pengubahsuaian terhadap pemboleh ubah bersandar perlu dilakukan bagi memperluaskan lagi skop Prestasi Kerja yang dipengaruhi oleh Komunikasi, Latihan dan Motivasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Komunikasi, Latihan, Motivasi, Prestasi Kerja, AVSEC, MASB
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 30 Mar 2023 02:44
Last Modified: 30 Mar 2023 02:44
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/201

Actions (login required)

View Item
View Item