Keberkesanan polisi, perancangan, analisa risiko, pengurusan data dan komunikasi terhadap kesiapsiagaan bencana anggota Batalion Infantri di Negeri Kelantan di dalam Briged Ke-Lapan Infantri Malaysia

Safar, Yaacob (2020) Keberkesanan polisi, perancangan, analisa risiko, pengurusan data dan komunikasi terhadap kesiapsiagaan bencana anggota Batalion Infantri di Negeri Kelantan di dalam Briged Ke-Lapan Infantri Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of KEBERKESANAN POLISI, PERANCANGAN (25 Pages).pdf] Text
KEBERKESANAN POLISI, PERANCANGAN (25 Pages).pdf - Preview

Download (297kB)
[thumbnail of KEBERKESANAN POLISI, PERANCANGAN (Full).pdf] Text
KEBERKESANAN POLISI, PERANCANGAN (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara Polisi, Perancangan, Analisa Risiko dan Pengurusan Data terhadap Kesiapsiaagaan Bencana Anggota Batalion Infantri Di Negeri Kelantan, Di Dalam Briged Ke-Lapan Infantri Malaysia.
Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mendapat maklum balas terhadap seramai 297 responden yang telah menjadi sampel untuk kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan tentang Polisi, Perancangan, Pengurusan Risiko, Pengurusan Data, komunikasi dan Kesiapsiagaan Bencana sebagai instrumen kajian. Data Kajian telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 dan Partial Least Squares (PLS). Analisis jenis kuantitatif iaitu analisis berbentuk deskriptif dan inferensi telah dihasilkan melalui SPSS dan SmartPLS. Pembolehubah bersandar ialah Kesiapsiagaan bencana Anggota Batalion, manakala pembolehubah tidak bersandar ialah polisi, Perancangan, Analisa Risiko dan Pengurusan data serta Komunikasi sebagai Penengah. Dapatan kajian melalui ujian Kolerasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara semua pemboleh
ubah tidak bersandar terhadap kesiapsiaagaan bencana Anggota Batalion. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa PLS-SEM melaporkan bahawa dimensi Polisi (β = 0.435, p <0.01); Perancangan (β = 0.131, p <0.01); Analisa Risiko (β = 0.053, p <0.01) dan Pengurusan Data (β = 0.056, p <0.01) mempengaruhi Kesiapsiagaan Bencana. Berdasarkan hasil ini, H1, H2, H3 dan H4 disokong. Untuk pembolehubah komunikasi
sebagai penengah mendapat bahawa H6 (Perancangan → Komunikasi → Kesiapsiagaan Bencana), H8 (Pengurusan data → Komunikasi → Kesiapsiagaan Bencana), disokong
sebaliknya H5 (Polisi → Komunikasi → Kesiapsiagaan Bencana) dan H7 (Analisa Risiko → Komunikasi → Kesiapsiagaan Bencana), tidak disokong. Dalam hal sedemikian, disarankan agar TDM perlu meneliti dan menitikberatkan berkenaan
pendedahan kepada semua peringkat dalam batalion berkenaan pengurusan bencana. Cadangan pendekatan dan penambahbaikan dan keyakinan melaksanakan dan mengendalikan tugas adalah sangat bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan
anggota baik samada secara formal ataupun secara informal. Anggota yang mendapat pendedahan yang lebih banyak dianalisakan adalah lebih berkeyakinan dan menyumbang kepada keberkesanan tindakan semasa aturgerak operasi bencana.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 30 Mar 2023 01:33
Last Modified: 30 Mar 2023 01:33
URI: http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/170

Actions (login required)

View Item
View Item