Muhammad Syukri, bin Zahari (2021) Pengaruh program spiritual terhadap motivasi pemindahan latihan, kehidupan beragama dan prestasi kerja di kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
PENGARUH PROGRAM SPIRITUAL (25 Pages).pdf - Preview
Download (442kB)
PENGARUH PROGRAM SPIRITUAL (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (3MB)
Abstract
Manusia yang berkualiti adalah mereka yang menghayati kehidupan beragama di samping menitikberatkan kepada peningkatan prestasi diri. Program spiritual dikenalpasti sebagai penyumbang kepada melahirkan manusia yang berkualiti. Oleh itu, program spritual yang dilaksanakan di Pusat-Pusat Latihan ATM bertujuan untuk membentuk anggota ATM yang mukmin dan muhsin. Tiga elemen iaitu perancangan program, peranan jurulatih dan sikap adalah teras kejayaan program tersebut. Pelaksanaan program spiritual yang teratur akan membawa kepada peningkatan motivasi pemindahan latihan dan seterusnya mengamalkan setiap bimbingan yang diterima sehingga mencorakkan kehidupan yang beragama dan meningkatkan prestasi kerja mereka setelah tamat latihan. Namun begitu, kebanyakan latihan yang dijalankan di kebanyakan organisasi sektor awam masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Terdapat pelbagai faktor yang
menyumbang kepada kekurangan impak dalam latihan di sesebuah organisasi. Antara faktor tersebut ialah pengurusan latihan yang tidak efektif. Kajian ini mempunyai dua objektif penting iaitu mengukur hubungan di antara program spiritual dengan pengaruh program (kehidupan beragama dan prestasi kerja). Kedua, menentukan peranan motivasi pemindahan latihan yang bertindak sebagai pembolehubah mencelah di antara program spiritual dengan pengaruh program.
Kaedah soal selidik merupakan instrumen utama kajian telah digunakan. Borang soal selidik telah diedarkan dan sebanyak 522 borang yang lengkap diisi oleh anggota Lain-Lain Pangkat
(LLP) ATM dan dikembalikan. Dapatan analisis pengesahan faktor menunjukkan bahawa instrumen kajian menepati piawaian kesahan dan kebolehpercayaan yang ditetapkan. Hipotesis-hipotesis bagi model kesan langsung dan model pembolehubah mencelah telah diuji menggunakan sampel yang dipilih secara rawak. Keputusan analisis laluan model SmartPLS menghasilkan dua dapatan utama: pertama, ketiga-tiga elemen program spiritual mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengaruh program; kedua, motivasi pemindahan latihan bertindak positif sebagai pembolehubah mencelah dalam hubungan di antara program spiritual dengan pengaruh program.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 22 Feb 2023 02:30 |
Last Modified: | 22 Feb 2023 02:30 |
URI: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/160 |